: "width=1100"' name='viewport'/> Ini Kita Punya Cerita: Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Dengan Bajet RM300

Khamis, 17 Mac 2016

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Dengan Bajet RM300

Gaji sudah hampir habis tapi anda ingin pergi bercuti? Jangan risau! Terdapat pelbagai tempat di Malaysia yang boleh anda kunjungi dan anda hanya perlukan RM300 sahaja untuk yuran penginapan. Sudah bersedia untuk pergi bercuti?

langkawi1
Aseania Resort, Langkawi(RM250++)
Terletak di Pantai Cenang, Aseania Resort, Langkawi menawarkan pakej hotel yang mampu milik dengan permandangan yang selesa dan menarik. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun pasangan berkahwin.

sepat2
Sepat Village House by the beach, Pahang (RM150++)
Bagi anda yang mementingkan suasana aman dan tenteram, ini adalah pilihan terbaik. Berdekatan dengan kawasan pantai peribadi, Sepat Village House by the Beach yang terletak di Kampung Sungai Dua ini sesuai untuk menghilangkan stress kerja anda!
ancasa2
Ancasa Royale, Pahang (RM230)
Terletak di Pekan Pahang, Ancasa Royale menampilkan rekaan bangunan moden dan sofistikated. Dengan permandangan menarik serta bilik yang luas dan selesa, anda pasti tidak sabar untuk ke sini.


8 retreat2
The Happy 8 Retreat, Perak (RM170++)
Mahukan ketenangan dan lari jauh dari kesibukkan bandar? Apa kata anda ke Happy 8 Retreat yang terletak di Kuala Sepetang. Dengan rekabentuk minimalis, tempat ini mementingkan keselesaan dan ketenangan. Tempahlah bilik anda sekarang!
sari1
Sari Pacifica Resort & Spa, Terengganu (RM180++)
Villa yang dilengkapi dengan balkoni peribadi ini memberikan permandangan tropika yang menarik beserta tab air panas bagi aktiviti beriadah. Hanya 45 minit dengan menaiki bot dari Kuala Terengganu!

sepilok
Sepilok Nature Resort, Sabah (RM265++)
Bagi yang mencintai alam sekitar dan persekitaran tenang, apa kata anda berkunjung ke Sepilok Nature Resort? Dengan kemasan kayu di setiap bilik, anda pasti akan berasa seperti tinggal di kampung!

batangai1
Batang Ai Longhouse Resort, Sarawak (RM270++)
Diuruskan oleh syarikat penghotelan terkemuka, Hilton, anda pasti terpukau dengan permandangan di sini. Mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Sarawak, anda pasti berasa seperti ingin terus tinggal di Bumi Kenyalang ini!

Ingin menambah wang lebih supaya anda boleh bercuti di lebih banyak tempat? Apa kata anda membuat kerja sambilan? Layari MauKerja untuk ribuan jawatan kosong sambilan, kerja kosong sepenuh masa, dan banyak lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan