: "width=1100"' name='viewport'/> Ini Kita Punya Cerita: Senarai Terkini 10 Manusia Paling Kaya di Muka Bumi Tahun 2015

Khamis, 17 Mac 2016

Senarai Terkini 10 Manusia Paling Kaya di Muka Bumi Tahun 2015

#10 – Liliane Bettencourt
liliane
Tambah kapsyen
Produk kecantikan L’Oreal yang dimulakan oleh bapanya mendatangkan kemewahan berterusan kepada Liliane Bettencourt sehingga ke hari ini. Pada tahun ini kekayaan yang diperoleh oleh beliau adalah sebanyak USD $40.1 billion.

#9 – Jim Walton
Jim Walton
Dengan kekayaan mencecah USD $40.6 billion, Jim Walton diiktiraf sebagai manusia nombor 9 paling kaya di dunia pada tahun 2015 dengan sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan Wal-Mart yang dimulakan oleh bapanya.

#8 – Christy Walton
ChristyChristy Walton merupakan isteri kepada seorang lagi pewaris empayar Wal-Mart iaitu John Walton yang meninggal dunia pada tahun 2015. Kekayaan yang diwarisi beliau dinilai pada jumlah USD $41.7 billion dan ia meletakkannya pada kedudukan ke 8 manusia paling kaya di dunia.

#6 – David & Charles Koch
koch brothersSebenarnya mereka berdua menduduki tempat ke-7 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai kekayaan sekitar USD $42.9 billion setiap seorang. Sumber kekayaan mereka berdua melalui syarikat Koch Industries yang terlibat dalam industri minyak dan gas.

#5 – Larry Ellison
Larry Ellison
Melalui syarikat Oracle Corporation yang memfokuskan kepada pembangunan perisian, Larry Ellison memperoleh kekayaan sekitar USD $50 billion pada tahun ini dan merupakan antara pengasas kepada pembangunan teknologi-teknologi hebat di lembah silikon.

#4 – Amancio Ortega
ZARAKegilaan kepada industri fesyen menjadikan Amancio Ortega manusia ke-4 terkaya dunia dengan kekayaan menjangkau sehingga USD $66.4 billion. Syarikat beliau yang dikenali serata dunia ialah ZARA.

#3 – Warren Buffet
warren buffetDengan kebijaksaan dalam pelaburan, beliau diiktiraf sebagai pelabur paling berjaya pada abad ke-20 dan sangat tepat apabila beliau menduduki tangga ke-3 sebagai manusia terkaya dunia pada tahun 2015. Kami juga pernah kongsikan nasihat pelaburan daripada Warren Buffet yang anda boleh baca di sini.

#2 – Carlos Slim Helu
Carlos Slim HeluMemperoleh kekayaan melalui penglibatan dalam perniagaan teknologi dan telekomunikasi, Carlos Slim Helu berjaya menjana pendapatan sehingga USD 76.4 billion seterusnya berada dibelakang Bill Gates sebagai manusia kedua terkaya pada waktu ini.

#1 – Bill Gates
Bill GatesWalaupun tidak lagi mengendalikan Microsoft, Bill Gates masih lagi mendapat kemewahan hasil perniagaan perisian yang dimulakan olehnya sendiri. Dinilai sebanyak USD $79.3 billion, ianya meletakkan Bill Gates pada kedudukan tertinggi manusia paling kaya sebanyak 16 kali sepanjang hidupnya.
Mungkin ramai sudah kenal dengan figura ini, tetapi kami pasti ada yang masih tidak tahu dengan teknologi baru yang dibangunkan oleh beliau baru-baru ini. Kalau anda mahu tahu, boleh baca di sini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan