: "width=1100"' name='viewport'/> Ini Kita Punya Cerita: Pesawat MH020 terhempas berita palsu - MAB

Selasa, 22 Mac 2016

Pesawat MH020 terhempas berita palsu - MAB

KUALA LUMPUR: Malaysia Airline System Berhad (MAB) menafikan khabar angin bahawa 

pesawat MH020 miliknya terhempas dekat Leon, Paris, awal pagi ini. MAB menjelaskan 

laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Paris, 

yang terakhir adalah pada Januari lalu. Sehubungan itu, katanya, berita mengenai MH020 

terhempas yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp adalah palsu.



"Merujuk kepada berita bahawa MH020 terhempas, MAS ingin mengesahkan bahawa ia 

adalah tidak benar. "Perkhidmatan dari KLIA ke Paris sudah ditamatkan sejak Januari tahun 

ini," katanya. Orang ramai dikejutkan dengan berita sebuah pesawat MH020 dari KLIA ke 

Paris terhempas di Leon, jam 12.15 tengah malam waktu Malaysia. Khabar angin disebarkan 

menerusi laman sosial WhatsApp itu turut mendakwa kesemua 350 penumpang, termasuk 16 

anak kapal pesawat yang berbangsa Melayu terkorban.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan